Fatin

Fatin Fatinun

not really beutiful in real life.

Skin Type: Oily | Age Group: 19-24
Owned
Reviews
Brands
Followers
Following
1
Articles

Not suitable for oily skin

25 Mar 2017 at 12:12 am

Bila saya menggunakan krim kecantikan ini, muka saya lebih berminyak. Saya kena topup dengan baby powder atau two-waycake powder untuk control oily dekat muka saya. Warnanya juga agak cerah dari warna asal kulit saya. Mungkin krim ini sesuai dengan mereka yang mempunyai kulit kombinasi atau kering.

1_IMG_3034.JPGIMG_3038.JPG

Walaupun agak berminyak dan melekit, ia boleh digunakan kepada sesiapa yang mempunyai budget yang rendah untuk membeli foundation @ bb cream. Harganya sangat murah dan mampu dimiliki oleh semua orang.

Krim ini juga tidak tahan lama kerana selepas beberapa jam menggunakannya, kulit akan berminyak sangat-sangat. Ia memang tidak sesuai untuk oily skin macam saya.

Bau dia agak wangi. Tapi ia agak tidak hygiene sebab kena calit dekat permukaan krim itu untuk menggunakannya.

Overall saya bagi 2/5

Worth to buy!

24 Mar 2017 at 11:51 pm

Disebabkan saya memang peminat bb cream, saya pun cuba la survey bb cream yang elok untuk oily skin. Apa yang menarik perhatian saya bila saya nampak Garnier Skin Naturals BB Miracle Skin Perfector Waterfresh sebab ia mudah didapati di mana-mana sahaja. Saya jarang menggunakan foundation sebagai base bila makeup sebab susah untuk ditanggalkan. Apa yang menarik tentang bb cream ni ialah ia sangat senang dibasuh. Warnanya juga sesuai dengan warna kulit saya iaitu sawo matang tapi agak gelap sedikit. Warnanya agak gelap dan mungkin tidak bersesuaian dengan orang yang berkulit cerah. Apa yang best sekali bila pakai waktu panas, bb cream ni dapat control oily dekat wajah saya. Tapi ia hanya bertahan untuk beberapa jam sahaja. BB cream ni juga ada SPF 21+ ! Haaa tak payah pakai sunblock dah sebab dia dah protect kulit saya heart BB cream ni sangat senang diblend walaupun guna jari ja. Coverage dia light saja sebab tak dapat tutup parut dekat muka saya frown

32_1.png6_2.png4_3.png1_4.png

Apa yang saya suka :

1. Warna yang bersesuaian dengan kulit saya

2. Oil control

3. Ada SPF!

4. Senang dicuci dan senang diblend.

Apa yang saya tidak suka :

1. kalau hujan habis luntur.

2. light coverage - takdapat cover parut/jerawat

3. pengunaan hanya bertahan untuk beberapa jam sahaja.

 

Overall saya suk bb cream ni walaupun ada kekurangan. Sangat sesuai untuk daily wear!

Not suitable for oily skin

24 Mar 2017 at 7:43 pm

Saya telah menggunakan toner ini selama 2 minggu. Setelah 2 minggu mengunakan toner ini bersama-sama cleanser dan moiturizer yang terdapat dalam set trial, muka saya dipenuhi jerawat pasir di bahagian rahang dan dahi. Kemungkinan besar kulit saya tidak bersesuaian apabila saya menggunakan keseluruhan set ini. Kulit saya ialah jenis berminyak. Tapi bila saya guna toner ini bersama cleanser dan moiturizer jenama lain, masalah jerawat pasir di bahagian rahang dan dahi sudah tidak ada. Toner simple sesuai dengan kulit saya tetapi tidak dapat mengawal minyak di wajah saya.

Ada orang yang cadangkan saya menggunakan set simple yang berwarna biru iaitu khas untuk oily skin. I will give a try soon ! wink

IMG_3025.JPG

*gambar di atas menunjukkan toner simple yang terdapat dalam trial pack.smiley

Bagus untuk parut.

23 Mar 2017 at 5:23 pm

Hai semua ! Saya telah menggunakan lotion ini pada bulan Disember tahun lepas (2016), Perubahan ketara yang saya nampak ialah parut di tangan saya semakin pudar dan kulit saya sedikit cerah dari biasa. Biasanya saya akan menggunakan lotion ini pada waktu pagi dan malam. Kulit saya juga semakin lembut. Saya percaya, dengan penggunaan yang lebih konsisten, parut saya akan beransur hilang walaupun kesannya agak lambat. Lotion ni juga tidak berminyak dan mudah serap pada kulit. Yang penting sekali, losyen ini sangat wangi dan tahan lama !

17457691_505964349793326_177477317543575

1_unnamed.jpg